Pilih yang mana satu?
DashboardFollow
Boleh tolong click?
ClickClick
NURIRWANE IDR™


Fashion memudaratkan kite?
Sunday, April 7, 2013 | 8:39 PM | 6 Candy[s]


Tumblr_mdkc2o66za1qfqdvfo1_500_large
(POLKADOT)

57926_525949007451298_283701252_n_large
(AMERICAN)


Tumblr_llhe4qg76f1qcwxl5o1_500_large
(LEAPORD)


Tumblr_mgq1pmrfgf1rknvcdo1_500_large
(TRIBAL)


Tumblr_mkvvi3q83d1r3m5hoo1_500_large
(VINTAGE)



Senang cerita, macam-macam lagi fashion yang ade. 

Antara 9/10 remaja ingin ikut perkenbangan fashion zaman sekarang, 

zaman dulu punya pun ada balik sekarang. 

Ikut perkembangan tu tak kisah, tapi jangan lebih-lebih sudah, 

sampai terbukak sana-sini. 

Ingat pesan akak, hahaha. Akak la sangat.







Ini antara fashion yang memudaratkan:




Seluar Dalam Renda

Seperti kasut bertumit tinggi, seluar dalam renda boleh menimbulkan masalah sekiranya digunakan setiap hari. Menurut pakar sakit puan, fabrik sintetik yang tajam menyebabkan gatal-gatal dan kerengsaan yang meningkatkan risiko jangkitan yis pada kemaluan.

Seluar Dalam Pelansingan
Sekiranya sistem penghadaman anda tidak stabil, mungkin ia berpunca daripada korset atau pakaian dalam pelangsingan yang anda gunakan. Menurut Dr. Richard A. Desi, garisan atau besi di dalam korset boleh menyebabkan Gastroesophagael Reflux Disease kerana penghasilan asid perut yang tinggi akibat memakai pakaian dalam pelangsingan yang ketat yang menambahkan tekanan pada abdomen dan perut.

Seluar Skinny
Semua orang tahu seluar skinny sememangnya ketat daripada pinggang sehingga ke buku lali. Ada yang terlalu ketat sehingga terpaksa dipasang zip di hujung seluar untuk memudahkan anda memakainya. Ramai yang tidak tahu, seluar skinny boleh menyebabkan penyakit Meralgia Paresthetica. Menurut Dr. Beth Aronson dari Greater Baltimore Medical Center, seluar yang ketat mencengkam saraf pada kaki anda yang menyebabkan anda merasa kebas, kesemutan dan kesakitan. Kepada kaum lelaki yang suka memakai seluar skinny, penghasilan sperma mereka akan terganggu kerana bahagian kelangkang yang ketat menyebabkan penghasilan haba yang boleh mengurangkan sperma.

Subang Besar dan Berat
Siapa yang tidak terpikat dengan subang besar yang  boleh menyempurnakan gaya anda? Tetapi apa yang anda tidak tahu, subang yang terlalu besar dan berat boleh memutuskan cuping telinga anda! Menurut Dr Joel Schlessinger, sedangkan tarikan graviti biasa mampu membesarkan lubang di cuping telinga anda, apatah lagi sekiranya anda mengenakan subang yang berat dan besar. Dia turut mencadangkan subang yang berklip digunakan untuk memelihara telinga anda.















 
Maizatul Nurirwaneon Google+

❤ Freebies: Cursor


Daisypath Anniversary tickers
Sentuh sini!



Jom Exchange Banner ;)

iluvcontest
BUTIK AL_MUTTAQIN


Note: Terima kasih REVIEW Wane :)
Fiqah Hamed♥